Anda suka donat..? Kalo tak suka takpe la.. Tapi kalo suka mesti ade banyak sebab atau punca kenapa anda bole jadi suka kat donat ni kan..? Haha.
Antaranya ialah kepelbagaian warna dan corak topping, rasa nya juga manis dan rangup, disamping tekstur lembut dan bentuk yg unik iaitu berlubang di tengah.......... Ya.! "Lubang kat tengah".. Gulp.!! hehe
Kebelakangan ni pula memang dah makin banyak kedai2 jual donat ni.. Maksudnya saingan kepada Dunkin Donut, Big Apple, J.Co, Krispy Kreme, dan sebagainya... Satu hari nanti aku pon nak bukak kedai donat jugak la.. Haha
Sejarah donat ni memang susah nak cerita.. Sebab dah byk artikel aku baca tentang sejarah donat tapi semuanya berlainan.. Macam cerita dongeng.. Bole plak dorang nak buat2 cerita camtu jek.. Haha.. Kalo camtu daripada aku bukak kedai donat baik aku wat filem donat jek.. Hehe.
Baiklah, cerita donat kali ni sebenarnya amat berkait dgn aku.. Aku tau aku ni pelik skit.. Tapi tu la yang berlaku.. Terima je la.. Ngeh.!
Ini ceritanya..
Aku ni penggemar donat bukan fanatik.. Dan oleh kerana itu aku namakan profile Facebook aku sebagai Donat.. Nama tu berubah2 tapi perkataan Donat tetap ada.. Contohnya Donat Iskandar, McDonat Iskandar, McDonat Bulat dan akan datang mungkin McDonat Hangus.. Hahaha..
Dan daripada itu nama donat tu dah makin sebati plak dgn diri aku.. Orang2 yg tak kenal aku mula panggil aku "Donat Guy"... Hahaha.. Kire asal dalam Facebook je bile sebut donat aku mesti terasa punye la..
Cuma yang aku rasa kurang senang ialah bile sifat terasa aku tu dah mule melampau.. Sampai tahap asal ade je orang post status yang ada perkataan Donat konfirm aku yang terasa.. Mesti dan2 tu je aku mencelah bg komen.. Hahahaha.. Perasan gile.!! Padahal orang tu nak ajak membe die pegi Big Apple je pon.. Hahaha.. Terlebih sudaah..
P/S: Setiap kejadian mesti ada asal-usulnya.. Selagi masa berlalu selagi tu akan sentiasa berlaku perubahan.. Dan setiap perubahan yg dipilih dalam hidup jangan plak sampai lupa asal-usul diri.. (^^,)
0 ulasan:
Catat Ulasan