Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Kali terakhir aku update blog ni ialah tahun lepas.. Gile lama btol blog ni dibiarkan. Hahaha. Sure dah berhabuk. Tapi ape2 pon.. Citer dalam entri baru aku ni agak menarik. Mungkin ade sesetengah rase cam bukan2. Tapi takpe. Yang faham tu faham la. Yang tak faham tu time kasih la sebab sudi baca yer.. Hahaha. (^^,)
Cerita kali ni ialah tentang alam, hidup dan matematik atau pendeknya ialah Alamidomatik. Haha. Macam pelik kan..?? Tapi ni bukan pelik sangat pon.. Cume ni perkara yang aku perasan dan terfikir sejak beberapa tahun kebelakangan nih. Yang mana baru2 ni ade rancangan TV mat saleh yg membuktikan ape yang aku fikir selama nih betol rupenye.. Ahaha.. Tak sangka plak.. Hahaha.. Takpe2. Teroskan membaca yer korang..
Alam, hidup dan matematik.. Tak faham? Takpe. Macam ni la. Cube korg tengok la kan.. Semua benda2 yang ada kat alam sekitar ni berlaku dengan kiraan rawak matematik. Betol tak? Setuju tak ngan ape yang aku cakap nih? Hahahaha.. Setuju atau tak terpulang lah.. Tapi biar aku bagitau bukti nye ok. Aku "list"kan bukti2 tu dibawah nih.
Antara bukti2 nye ialah:
Dari sudut matematik...
1.
Bumi, bintang2 dan planet2 di alam semesta ni mempunyai bentuk sfera, atau ape2 jugak bentuk yang mana kite penah blaja dalam subjek matematik suatu ketika dulu. Betol kan? Masa skola rendah dulu math cikgu ade aja "Bentuk" kan? Kecuali yang x skola tu lain la.. Diorg maybe tak tau.. Ahaha (^^,) *matahari x disebut kerana ia jugak merupakan sejenis bintang.
Matematik ialah subjek yg mana kite blaja menyelesaikan masalah. Kite blaja formula untuk buat kiraan atau erti kata lain ialah mencari jalan keluar smpai dapat.
3.
Jumpe atau tak jalan keluar tu plak bergantung pada kreativiti kite semua. Kadang2 tu cikgu aja macam2 jenis formula. Sedangkan yang nak dicari tu benda yg sama je. Hahaha. Fleksibel.
Dari sudut kehidupan...
Contoh: Frust.
1.
Kitaran kehidupan kite sentiasa diturunkan masalah (ujian) untuk kite selesaikan. Tiap masalah yang selesai kite akan dapat ilmu atau formula hidup.
2.
Macam mane cara nak selesaikan masalah hidup tu masing2 ade pelbagai cara. Hampir setiap manusia mengalami masalah yang serupa iaitu cinta, kewangan, dan macam2 lagi lah. Tapi jalan yang telah digunakan setiap manusia ni berbeza. Dah tu tetap jugak bole selesai. Hahaha. Fleksibel.
3.
Hidupan dibumi ni sume ade corak2 yg berwarna-warni yang mana melibatkan kiraan matematik secara rawak yang akhirnya nampak indah dan cantik lagi menenangkan. Betol kan?? Contohnye: Corak badan ikan, dan Corak muka bumi.
Contoh: Corak batu permata yang terbentuk ikut kiraan rawak matematik.
Jadi korang ada nampak tak persamaan kat situ..?? Ikut formula dibawah:
ALAM SEMESTA(HIDUP) = MATEMATIK
Alam semesta didarab dengan kehidupan atau erti kata lain bergerak seiring (sama maksud dengan darab/kali) samadengan matematik. Maknanya kedua2 alam dan hidup tu menggunakan matematik. Hahaha.. Formula ni aku reka sendiri.
Kite mungkin tak sedar yang hidup kite ni sentiasa dikelilingi kiraan matematik... Semua yang kite lihat, dengar, dan rase adalah matematik yang berlaku secara rawak hasil dari kebijaksanaan Allah yang Maha Mencipta dan Maha Bijaksana.
Tinggi rendah not bunyi dikeliling kite juga ada kiraan nye yang ada kalanya membuatkan kite khayal. Hahaha. Indahnye dan begitu bijaknya Allah itu kan.? Hahaha..
Allah jua lah yang Maha Bijaksana, Maha Mencipta, dan Maha Pengasih dengan mencipta hukum kiraan tepat yang mewujudkan segala keindahan terbaik untuk manusia.
Haaaa.. Syiok sangat citer keindahan alam kan.. Puas..? Hahaha.. So sekarang ni aku nak tanya. - Korang rase ada lagi ke semua keindahan2 yang kite syiok sangat cerita2 tadi tuh? Memang Allah jadikan alam ni indah.. Tapi apa manusia buat kat keindahan ciptaan Allah nih..?? Aah! Lu pikir la sendiri.... Tepok b****t, tanya !@#$%^... Ntah tanya la sape2 korang suke.. Hahaha..
Pencemaran udara.
Haa.. Gambar2 kat atas ni juga merupakan soalan matematik (masalah) untuk kite semua.. Hahahaha.. Jadi kalo anda rase taknak tengok benda ni terjadi lebih terok kat bumi kita nih.. Cepat2 la carik jalan penyelesaiannya ye. Haha. Allah bagi kita akal kan?
P/S: Hidup ni tak lama. Setiap perbuatan akan dihitung. Jagalah alam sekitar. Kitar semula barangan. Jangan buang sampah merata2. Kebersihan adalah sebahagian daripada iman. (^^,)
0 ulasan:
Catat Ulasan